Derek Sanderson Jeter (
/ˈdʒiːtər/ JEE-tər; lahir 26 Jun 1974) ialah bekas pemain besbol, ahli perniagaan dan eksekutif besbol yang berasal dari Amerika Syarikat. Sebagai pemain besbol, beliau telah menghabiskan kariernya selama 20 tahun bersama pasukan
New York Yankees di
Major League Baseball (MLB). Beliau telah terpilih ke dalam
Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan pada tahun 2020 apabila beliau meraih 396 daripada 397 undian (99.75%), menjadikannya peratus kedua tertinggi dalam sejarah MLB (di belakang bekas rakan sepasukan,
Mariano Rivera). Beliau merupakan ketua pengarah eksekutif (CEO) dan sebahagian pemilik pasukan
Miami Marlins dari September 2017 sehingga Februari 2022. Sebagai pemain yang memenangi lima gelaran
Siri Dunia bersama Yankees, Jeter dianggap sebagai penyumbang utama kepada
dinasti pasukan Yankees pada lewat 1990-an dan awal 2000-an yang didorong oleh kemahiran pukulan, posisi dan kepimpinan beliau di atas padang. Beliau menduduki tempat teratas sebagai pemain Yankees yang membuat
pukulan terbanyak (3,465), memperoleh
doubles (544), penampilan terbanyak (2,747),
stolen base (358),
times on base (4,716),
plate appearance (12,602) dan
masa pukulan (11,195).
[1] Pencapaian beliau lain termasuklah pemilihan 14 kali
All-Star, lima
Anugerah Sarung Tangan Emas, lima
Silver Slugger Award, dua
Anugerah Hank Aaron dan meraih satu
Anugerah Roberto Clemente. Jeter menjadi pemain ke-28 dalam sejarah yang mencapai
3,000 pukulan dan menamatkan kariernya sebagai pemain
shortstop pertama dalam sejarah MLB yang meraih pencapaian tersebut. Pada tahun 2017, pasukan Yankees telah menghentikan pemakaian jersi seragam nombor 2 sebagai tanda penghargaan karier beliau.Yankees telah mendaftar Yankees dari sekolah tinggi pada tahun 1992 dan melakukan penampilan sulungnya di MLB pada tahun 1995 semasa beliau berusia 20 tahun. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi tonggak shortstop Yankees dengan meraih
Anugerah Rookie Terbaik dan membantu pasukannya menjuarai
Siri Dunia 1996 dengan menewaskan pasukan
Atlanta Braves. Jeter meneruskan rentak cemerlangnya bersama Yankees sepanjang musim 1998 sehingga 2000 apabila beliau diundi di tempat ketiga sebagai
Anugerah Pemain Terbaik (MVP)
American League (AL) pada tahun 1998. Seterusnya, beliau meraih pencapaian karier utama pada 1999 sebelum memenangi
MVP Perlawanan All-Star dan
MVP Siri Dunia pada tahun 2000. Beliau secara konsistennya mendahului kiraan pukulan dan larian di AL dalam sebahagian besar kariernya dan berperanan sebagai kapten Yankees dari tahun 2003 sehingga persaraannya pada 2014. Sepanjang kariernya, beliau banyak menyumbang kepada kejayaan pasukan. Beliau telah memegang pelbagai rekod
postseason dan mencatatkan purata pukulan pada kadar .321 di Siri Dunia. Jeter juga memperoleh nama samaran "Captain Clutch" dan "Mr. November" kerana terserlah persembahan memukau beliau pada aksi postseason.Jeter merupakan salah seorang atlet terkenal dalam kalangan generasinya dan terlibat dalam pelbagai pengendorsan produk. Sebagai selebriti, kehidupan peribadi dan hubungan beliau bersama selebriti lain telah menarik perhatian media.
[2]